Friday, April 24, 2009

Genaplah 2 tahun~

24 April 2007..
Jam 8.30 pg..
Bertempat di HUSM Kubang Kerian..
Dr Halim ditolak ke dewan bedah..
Urgent operation..
Disebabkan oleh brain tumor..
Begitu cepat tumor itu merebak..
Ku rasa seperti berada di alam mimpi pada waktu itu..
Ku tak bisa terima hakikat..
Sedih..Pilu..

Jam 5 ptg..
Dr Halim dimasukkan ke wad ICU..
Tidak sedarkan diri..
Ouh..
Ku bertambah pilu..
Air mata jatuh bercucuran..~
Susah untuk ku terima hakikat..

Aku berumur 19 tahun ketika itu..
Sedang meningkat dewasa..
Amat memerlukan perhatian dari seorg ayah..
NAMUN~

Selama 4 bulan abah terlantar di hospital..
Ku sempat menjaganya sepanjang cuti sebelum mendaftarkan diri ke USM..
Abah terpaksa menjalani radiotheraphy selepas sebulan operation..
Ku mengaku..hidup ku amat perit pada waktu itu..
Tapi ku terima dengan tabah..
Ini semua ujian dan dugaan daripada Nya ..

Tiap hari, ku akan bangun seawal jam 5 pagi..
Kemudian bersiap2 untuk ke HUSM..
Lebih kurang jam 5.30pagi, enjin kereta dihidupkan..
Lalu dipandu ke HUSM...
Memang sunyi seawal pagi itu..
Amat takut..
Aku keseorangan..
Di pandang kiri, kanan, memerhatikan keadaan sekeliling..
Sesampainya di HUSM, mama akan balik umah..
Mama masuk keja kul 8 pagi..
Ku tau, mama amat penat..
Tapi, mama amat kuat..
Mama habes keja kul 5 ptg..
Habis keja, terus ke HUSM..
Ouh...
Dapat ku bayangkan kepenatan itu..
Ku yang hanya menjaga abah pada siang hari, sudah cukup penat rasanya..
Mama yang perlu bekerja di siang hari, dan menjaga suami tercinta pada sebelah malam, tentu lagi penat dariku..
Sungguh kuat semangat mu, Mama..

Sepanjang kehidupan di hospital, aku tempohinya bersama mama..
Suka, duka, pahit, manis..
Aku masih lagi ingat kata-kata Pakar Neurology tu..
"Kes macam Dr Halim ni jarang berlaku..mengikut kajian sebelum ni, pesakit hanya mampu untuk bertahan selama 6 bulan selepas operation"
OUH!
Benarkah semua ini????
Rasa mau pengsan ketika itu..

Pada 30 Jun 2007, aku perlu mendaftarkan diri ke USM Induk..
Ikutkan hati, tak nak gi..
Tapi, pikir-pikir balik, aku harus pergi, untuk masa depan~
Amat berat hati ini untuk tinggalkan abah+mama..
huhu..
Aku dihantar oleh abang + kakak ipar..
Aku lihat, majority student baru dihantar oleh mak+ayah+siblings smpai penuh kereta..
Aku amat cemburu melihat kegembiraan mereka..
huhu..
Orientasi pelajar baru selama seminggu..
Hati ku tidak tenang..
Rasa mau pulang...
Ku kuatkan semangat..
Minggu kedua di USM, aku tidak mampu untuk menahan rindu..
Lalu, buat keputusan untuk pulang weekend tu..
huhu..
Semasa tahun 1, every 2 or 3 weeks aku akan balik~
Aku tak kesah apa orang nk kata..
Korang tak rasa apa yang ku rasa..
Usah pedulikan orang~

Keadaan abah semakin teruk..
Mula-mula lepas operation tu, abah masih mampu untuk makan ..
Lama kelamaan, keadaannya menjadi teruk, teruk, dan teruk..
Dulu dia bisa bercakap walaupon dalam keadaan tergagap2..
Sekarang, tidak berkata apa..hanya membisu tanpa kata..
Hanya dapat mendengar batukannya sahaja..

Ku amat rindukan gelak tawanya..
Ku amat rindukan kata-kata yang membina dari mulutnya..
Ku rindukan saat2 dimarahi olehnya disebabkan oleh kenakalan remaja ku..
Ku rindukan belaian dan kasih darinya..
Ku rindukan saat2 dia membelai rambutku..
Ku rindukan ciumannya, pelukannya..
Ku rindukan semua tentang dia..
NAMUN..
sekarang ku hanya mampu melihatnya berada di atas katil itu..
membisu tanpa kata..~

Umur abah panjang..
Alhamdulillah..
Sebelum abah sakit, abah pernah berkata,
"sebelum abah pergi untuk selamanya, abah nak tengok cucu dulu.."
Ye..
Abah sempat tengok Syafi membesar..Syafi skrg 1 tahun 2 bulan..
Abah sempat tengok Batrisyia..Batrisyia skrg 3 bulan..
Dan..
Ku doakan agar abah sempat melihat Adam yang akan dilahirkan pada awal bulan 5 ni..

Abah..
Kuatkan semangat~
Ku ingin mu melihatku memegang segulung ijazah~
Itulah permintaan ku sebagai seorang anak..


7 comments:

Anonymous said...

saba yek!
semoga ayah kamo makin pulih
mari kte doa same2...

Shikin Ismail said...

babe,
he will be there when you are holding your scroll nnt.
believe on that!
;)

Amzar Mohamad said...

sedihnya =( semoga ayah long akan cepat sembuh.. kuatkan semangat fifi ye. cekalkan hati utk menempuh hari2 yg mndatang..

anish said...

T_T ~
amin..moge pcik halim sembuh :)
pray to Him n
be strong sis!

Sue-Zack said...

nad : thanx nad.. :)

aveler : thanx babe~ moga2 he will be there nnt..really hope so..Amin~

amzar : thanx couzy~ye..fifi akan kuatkan semangat menempuh hari2 yg penuh liku~

anis : thanx sistah!muahx~

Evi LoLyta said...

su, tabah ye. sme2 doakn ye. ujian Allah, bmakna Allah igt kita, syg kita..

Sue-Zack said...

thanx eda~ :)