Showing posts with label My Love. Show all posts
Showing posts with label My Love. Show all posts

Sunday, February 15, 2009

My Brother, Syahiran~

yuhu..
tengah hari tadi sy dapat call from my brother yang kat Jepun..
yeah..Iran call me~ *sy suka..hehe*
sbb sy suruh dia tepon smalam..
hehe..

Iran balik minggu depan..
Oo yeah~
sudah lama tak jumpa..
dekat ngan stahun dah rasanye..
last dia balik february 2008..last year la kan~
hoho..
tak sabar nk jumpa!
:D

kecik2 dulu iran ni musuh sy tau..
kitorg beza umur stahun je ~
dia suka sangat buli sy kecik2 dulu..
haish~
mayB dia tak puas hati ngan sy kot.hahaha
sbb abah sy terlalu manjakan sy~
dan Iran slalo kena marah.. kahkahkah..
so, dia tak puas hati la..
hihi~

masa cakap phone tadi, Iran imbas-imbas balik zaman kanak-kanak kami..
dia selalu buli + kaco sy tau!
takpuas hati btul..haish~
ni antara kisah2 dia kaco + buli sy..
First
-Dia bonceng sy naek basikal..pastu, dia lompat turun dari basikal tu..then sy terlanggar tiang sbb tak de org control basikal..sy hanya pembonceng kat tmpt duduk belakang..sy tak sempat la nak pegang handle basikal tu..hahaha sengal kan abg sy ni..
~patut r aku tak bijak mcm mu,Iran..Rupanye sbb aku terlanggar tiang masa kecik2 dlo..~

Second
-sy pernah jatuh tergolek atas jalan tar sbb beg sy tersangkut kat tayar depan basikal..iran nampak beg sy tersangkut kat tayar, tapi dia buat tak tau je..bila sy jalan, sy pon jatuh tergolek ngan basikal2 skali..teruk kan dia?bukan nk selamatkan sy..tapi tgk je..haha

Third
-dia selalu buli sy time balik mengaji..dia suruh sy bonceng dia.ade ke patut abg suh adik bonceng dia..jahat btul..

haha..tu la antara cerita-cerita nya..banyak lagi..tapi tak larat nk taip..hihi..

Bila nk letak tepon tadi..
Iran cakap kat sy, "adik, aku nk mintak maaf ngan mu..masa kita kecik2 dulu, aku sokmo buli mu..mintak maaf ek~ "
haha..sweet nye mu Iran..mu tak penah minta maaf ngan aku selama ni..hahaha! ;p

Time zaman kecik2 slalo gaduh..
Tp bila Iran da kuar umah, duk asrama (MRSM Jasin), sy da mula rasa rindu, syg kat dia..
Dan sekarang, bila dia duk Jepun ni, lagilah rasa rindunya..
Dulu kitorg tak pernah pon cakap "I Love You" bila cakap phone..
Tp sekarang, da menjadi perkara biasa cakap "I Love You" tu..hehe..tak de rasa janggal da..~
Hehe..Iran la yang menjd pendorong & idola sy selama ni..
U make us proud! :) u bring up our family's name~hoho!
And Dr. Halim betul2 bangga dengan kamo~
Dan ini membuatkan sy jeles yang terlebih..hahaha..

Iran..
Ni pesan aku untuk mu..
First, belajar rajin2..
Second, kerja kat sane byk2..pastu wk balik duit beribu2 kat aku ye..aku kan mata duitan.. $$$$$$ hahaha~
Third, nnt lepas grad, balik Malaysia terus..balik jaga adik mu ni..memandangkan abang-abang yang laen da ada family, so mu la yang bertanggungjawab ke atas aku..hahaha
FOURTH, jangan mainkan perasaan perempuan ye~aku amat anti lelaki yang main-mainkan perasaan pompuan ni..hahaha!
FIFTH, aku menunggu ipod dr mu..ngeh3~tak dapat laptop, dapat ipod pon jadi la..hihi

OK lah~
Iran, I LOVE YOU!!
Muahx!
I'll always remember your words, "It is not the end of the day" ..

-jarak yang memisahkan membuatkan hubungan kami menjadi rapat-







Thursday, January 29, 2009

F.A.M.I.L.Y

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,

"Oh maafkan saya, saya tak perasan"




Katanya "Maafkan saya juga,

Saya tak nampak saudara"




Kami amat bersopan dan saling menghormati,

Kami saling melambai sambil berlalu pergi




Tetapi di rumah lain pula ceritanya,

Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda




Lewat petang, tika memasak makan malam,

Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam




Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"




Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku




Sedangku berbaring di katil mendengar musik,

Terdengar suara halus datang membisik




"Bila bersama orang tak dikenali,

Begitu bersopan dan merendah diri,

Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci"




"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur"




"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu"




"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu"




Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,

Airmataku mencurah ibarat air di kali




Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"




"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"




"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,

ibu tentu suka terutama yang unggu




"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,

Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini




Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu..




Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?




Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?



FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU




" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Saturday, January 3, 2009

..Mama & Abah..

Abah..Mama..Adik rindu kalian..uhuk.. :(

Dah dua hari tak tepon mama..Lagipon ada waktu-waktu tertentu je boleh call mama..sbb tak leh ganggu masa tido mama..dia amat penat..sy tau..dia penat sgt2..siang hari pergi kerja..malam berjaga sbb abah tak sehat..makin teruk keadaan abah..begitulah rutin harian mama selama ini..sudah hampir 2 tahun,mama tak enjoy hidup dia..always pikir pasal kesihatan abah, pasal kewangan..tapi mama kuat!dia seorang wanita yang tabah..sy kagum dengan mama sy..walaupon abah terlantar dikatil, mama masih dapat Anugerah Pekerja Cemerlang kat hospital..tahniah mama~mama tak pernah merungut..mama sabar..katanya itu semua dugaan dari Allah..

Bulan 4 ni cukup 2 tahun abah sy terlantar dikatil..tak bergerak langsung..bercakap pon tidak..makan pon ikut tiub..tp sy bersyukur..sbb mama sy seorang nurse..abah sy mendapat nursing care yg bagus..sy rindu saat-saat abah sy sehat..dia seorang dentist yang berjaya..tp siapa sangka, keadaanya berubah sekelip mata sahaja..bila bercerita pada org, ramai yang tak percaya..tp ini lah hakikatnya..dulu sy pon tak leh terima hakikat ni..tp sekarang, sy terima seadanya..abah sy ada brain tumor..24th April 2007 operation..tp siapa sangka, after operation tu, his condition getting worst..semua itu ketentuan dari Allah..sy rindu abah sy..sy rindu Dr Halim..dia selalu bagi sy semangat..kalo sy nk exam, mesti dia tepon sy..dia cabar sy untuk jd mcm dia..sy rindu saat-saat itu..

Sekarang mama sy tengah serabut..sy tau..mama sy tension..tension cr org untuk tengok-tengok kan abah time mama gi kerja..sebelum ni, pak cik sy yang jaga abah..tapi pak cik sy ada hal..so, dia nk berhenti..dah ramai org yang mama tanye untuk jaga abah..tp diorang takut..sbb kena bagi makan ikut tiub..biasalah, kalo tak biasa memang takot..sekarang, tiada cara laen..mama nak cari bibik indon..sesungguhnya berat hati kami nak tinggalkan umah+abah ngan bibik.tp nak buat cam mana..terpaksa..tawakkal je la..mama pernah berkata, dia nak pencen awal..tp sy tak bagi..sabar ma..2 tahun je lagi ma nak pencen..

Kalau sy balik umah, sy dapat melihat kegembiraan terpancar di muka mama..mama suka sy balik..sbb dia harapkan sy untuk jaga abah..yeah..sy jaga abah dengan baik..sbb sy syg dia sgt2.kalo sy ada kat umh, mama nk g kerja pon tak berat hati dia nk tinggalkan abah..sbb dia tau, sy boleh jaga abah..dan bila sampai masa sy nak balik kampus, mesti mama cakap kat abah "adik nak balik usm dh..adik nak tinggal abah dh.." then air mata mengalir kat pipi abah..dan dapat lihat kesedihan di wajah mama juga..tp apa boleh sy buat ma?sy kena belajar..nnt sy nak jaga mama, abah..sy nak balas balik jasa mama, abah selama ni..takpe ma..sy berdoa dari jauh..agar abah cepat sembuh..dan kita kembali gembira as before..ok ma?

Mama juga asyik fikir pasal kewangan..nak beli susu abah, bayar keta, bayar gaji orang jaga abah..dan duit bulanan sy..sy ni langsung tak paham situasi mama kan?maafkan sy ma..sy ni anak tak guna..selalu abeskan duit gaji mama..aduyai~mungkin sbb sebelum abah sakit, semua benda yang sy nk, abah akan bagi..then bila jd cmni, sy masih nk kehidupn yang macam tu..ni la Suzailin Afifah yang tak sedar diri..maafkan sy ma..sy akan cuba berjimat cermat..sy janji ma~

Hati sy selalu tidak tenang..selalu pikirkan abah dan mama..tp sy kena kuat..sy perlu capai segulung Ijazah..kerana itu yang abah inginkan..sebelum abah sakit, abah selalu berkata, "semua anak abah kena ada Ijazah.." ye abah..sy akan penuhi impian abah itu..

Abah..Mama..Rindu amat sama kalian berdua..nnt Chinesse New Year kita jumpa okeh!Tunggu kepulangan anak mu yg tercinta ini..

*indahnya jika abah n mama baca entri ni..uhuk*