Monday, December 29, 2008

Untitled

Sudah beberapa hari aku tidak menaip di blog..
Kenapa?
Sebab aku tiada di kampus..
Kemana?
Aku ke KL..
Buat apa?
Niat dihati nak pergi berjalan-jalan di KL. Tapi...
Tapi apa???
Tapi aku demam..

Hahaha...Begitulah al-kisah hidup aku sepanjang cuti 5 hari ini..Pada 24 Dec, aku sudah mula rasa tidak sehat..Waktu ke kelas petang, aku sudah pening-pening lalat dan badanku sudah mula panas..Lalu aku pergi lunch di sebuah kedai mamak, tapi aku hanya dapat menelan sedikit sahaja makanan tersebut..Ternyata benar aku tidak sehat kerana aku hilang selera makan. Aku menelan 2 biji panadol acti-fast. Selepas itu, aku rasa lega sedikit. Kelas aku pada hari tersebut sampai jam 7 malam. Tiket bus aku untuk ke KL jam 8 malam. Selepas kelas, aku bergegas pulang ke bilik, dan segera bersiap. Dalam pukul 7.30 malam, taxi sampai. Lalu, aku dan Kak Mira menuju ke bus station. Dikala malam, demam ku semakin menjadi-jadi.. Sewaktu didalam bus, aku tidak dapat menahan kesejukan dan kepeningan.. 2 biji panadol ditelan lagi.. Selepas menelan panadol baru aku rasa selesa. Dalam pukul 12.30am, aku sampai di KL.. Aku dijemput oleh my beloved aunty..

25 Dec ialah hari lahir abangku tercinta, Mohamad Syahrulnizam bin Halim.. Selamat Hari Lahir yang ke-26 !! Semoga panjang umur dan murah rezeki.. :)
Pada hari ini, aku pergi ke klinik di Wangsa Maju. Doktor itu memberiku panadol, ubat selesema, ubat sakit tekak dan vitamin. Lunch kat Secret Recipe. Tapi aku hanya membazirkan makanan tersebut..Tiada appetite untuk makan..

26 Dec aku hanya berehat dirumah aunty sebab aunty ku bekerja pada hari ini.. Tapi half-day jek.. Tengah hari aunty balik untuk memasak buatku.. Dan ternyata, makanan yang dimasak itu tak habis. Aku tiada selera lagi.. Apa nak jadi ni? Demam semakin menjadi-jadi.. Ubat yang doktor bagi langsung tak memberi kesan. Sabar.. Semua ini ujian dari Allah..

27 Dec aku kuatkan diri untuk ke KLCC sebab nak membeli baju.. Kami breakfast di Keramat. Makan nasi kerabu.. Dan macam hari-hari yang lepas, aku hanya membazir.. Huhu~ Rasa nak makan, tapi tak boleh telan. Demam oh Demam.. Kuat nye penangan kamoooo....~ Malam ni dah nak balik Penang. Bus pukul 12am..Rasa macam tak nak balik lagi sebab masih belum sehat, dan tambahan pula anak saudara ku baru tiba di KL petang itu. Tapi aku kuatkan diri untuk balik Penang.

28 Dec aku tiba di USM pukul 4.30 pagi.. Ya Allah.. Demam semakin menjadi-jadi.. MUNTAH!! Aduhsssss~ Dalam pukul 10 pagi, sewa kereta.. Nadiey dan kekasihnya membawa aku ke klinik.. TQ my Dear Nadiey~ :)
Walaupun demam, aku tetap berkeras untuk ke Sungai Petani..Saiful's wedding..Saiful ni saudara sebelah ayah aku..Pukul 12, kami menuju ke sana..Aku,Nadiey, Shahril and Arin..Kami tiba dalam pukul 1 lebih..Wedding tu diadakan di Laguna Merbok Club and Resort..Siap makan, kami ronda-ronda Sungai Petani..Tiada yang menarik!Then terus balik Penang..Pergi Sunway Carnival Mall..Pusing-pusing..Sejuk kat dalam tu..Suara aku dah jadi tak betul balik..HAHAHA..Dalam pukul 7, kitorang keluar dari Mall tu, nak balik Island..Ingat nak naik feri..Tapi ramai sangat..Then naek bridge jek..Jem amat!Nasib baik driver kami berhemah..Hehe...Jem amat sampai driver sempat maen game dalam keta.. :D Beginilah Penang.. Jem..Jem..Jem..Jem strawberry~ :) Kitorang sampai kat masjid USM dalam pukul 8.25pm..Solat maghrib..Lepas tu pergi makan kat Seagate..Sudah ada selera untuk makan.. Alhamdulillah..Syukur sangat2.. :) Tapi masih tak boleh nak makan makanan keras-keras..Sebab masih sakit untuk menelan.. Lepas makan, terus balik USM.. Sampai dalam pukul 10++ .. Terima kasih banyak-banyak diucapkan pada Nadiey & Shahril sebab sudi teman aku gi klinik & Sungai Petani.. Amat terharu.. Hehe.. TQ banyak2.. Aku doakan kamu berdua bahgia selalu.. (^_^) Hehe

Hari ni 29Dec.. Duk kat bilik jek..Berehat..Sehat sedikit..Tapi masih pening-pening, selesema, sakit tekak..Tapi dah tahan berbanding hari-hari sebelum..Hehe..k..GTG now..tata~

6 comments:

Anonymous said...

oh, mun duk wangsa maju jew erk? aku duk setiawangsa.. dekat la.. nanti kalau datang lagi, boleh kitew tgk movie kat klcc kew..

Sue-Zack said...

okeh moi..nnt aku g kl, aku kontek mu..hehe

A.H. said...

haish... demam2 pon bergelenyar lagih nak kuar~~ bababb kamm! huu.. eh cop2~ nadiey n kekasihnya? nadiey kita ek?? hee.. tak pnah disebut pon lam entri2 dia.. hakss.. menarik neh~ =p

Sue-Zack said...

demam itu memberi lagi semangat untuk berderak sayangku~ngeh3...yelah nadiey kito..nadiey mano lagi..ahaks..

nAdiEy said...

aiyo, enul 2, nk wat gossip ker?? hehe, gossip sejuk doh...haha

Sue-Zack said...

hahaha..gossip sejuk~enul hk ketinggalan..kui3