Sunday, July 24, 2011

5 hari.....

5 hari bersama.
bunyi macam lama. tp hakikatnya sebentar sahaja.
huwaaaa.. lumrah alam, bila nak jumpa rasa happy sgt2 kan. bila nak berpisah, rasa mcm huwaaaaaaa... x tau nak ckp mcm mana. yg pasti meleleh itu ada. :((

hari Selasa hubby arrived here. stay at USM. sbb ada sport carnival. mcm biasa, my superhero ni main bola lah. and this year sgt leceh, sbb dia jd team manager. so smua dia kena buat. and of kos, less time to spent together. janji nak keluar makan, so try my best untuk balik kerja awal. yea, kul 7 dah time out. balik cepat2 bersiap, pastu dapat msg, "ayg..abg ada team manager meeting la. nnt siap abg bitau ye. sorry..... " Ok, dimaafkan. eh pukul 10 x abes lagi?? huwaaa.. lapaq.. :(( pastu kul 11 antar msg kat dia konon2 merajuk, "abg tak nak makan lah. ayg ngantuk dah. bye. nak tukar baju dah.. " fuh, bedezup terus call. hahahaha. kul 11 baru kuar makan. tukar keta skali. hello VIVA !!!

hari Rabu.. hubby game pagi and petang. tp pergi tgk pagi je. tu pon kejap je, sblm masuk office. ayat hubby yang sgt menyentuh hati, "thanks syg dtg tgk td, bg support. mula2 xda semangat sbb tgk ayg x smpai2 lagi. ingt kan x dtg. bila nampak ayg tepi padang td, br rasa semangat nak maennn.. " auuuwww.. ayat laki aku POWER beb. hehehe aritu masuk office lambat skit, dkt kul 10. pastu malam nye balik awal lagi. 820 time out. balik mandi2, kul 9 kuar jemput hubby ngan geng2 dia g makan . auw, makan ikan siakap ngan udang memg fevret kami berdua. sekor ikan abeskan berdua. memg tong drum lah kan. heeeeeee.. thanks syg sbb blanja. love u more !!! balik smpai umah kul 12 lbh.

hari khamis...hubby punya game ptg. tp hari ni hubby x maen, sbb kena simpan tenaga untuk semi final keesokan nye, lagi pon dia ada sedikit injured. so hari ni berehat lah dia di tepi padang. x pegi tgk pon, sbb ptg kan. hari ni pon balik kul 8 lebih. pastu mandi2, shoot g USM. tgk badminton punya game, pastu pi pekena pasembur kat padang kota lama. yeeehaaa.. kul 1 pg baru balik umah. cano aku nak g kerja esok ni? ehem2.. MC lah. hahahaha

hari Jumaat, MC ! muahahaha. lagi pon sbb hubby semi-final arini. so kena support lebih la.. kul 11 kuar g amek MC . jahat kan. halal lah. :p pastu lunch kat Awet Muda ngan hubby and geng. sdap wehhhh ikan bakaq tu. makan x hengat dua2 tong drum ni. :D pas makan antar hubby kat hostel, nak suh dia tdo, simpan tenaga untuk game petang nnt. pastu shoot balik umah. x sempat lelap, kul 4.15 dh shoot g USM. tgk dorg training smpi la abes game. I am a very supportive wife-to-be right? hehehehe.
arini sgt x best. hubby injured teruk, smpai tergolek telentang atas padang. sgt jahat ye kamu wahai pihak lawan. i hate u lah !!! dia dengan tak sengaja ke sengaja x tau lah, g hantuk kepala hubby ku. smpai hubby ku nak pitam, telentang atas padang. time tu bila tgk player no 5 yang collapse, rasa nak berlari je pergi kat tgh padang tu haaa.. :((( sedih woo.. lagi panic bila tgk pasukan medic mcm panic smcm je kat tgh padang tu. huhuhu. alhamdulillah bbrp minit lepas tu dia dah ok skit. pas game terus dia dtg, tunjuk bengkak kat tepi mata. huhu. kesian.... muka dia masam sbb sakit ngan kalah. its ok dear, u had try ur best. pastu antar baju budak2 bola kat dobi, lepak kat mapley jap. balik umah mandi. pastu shoot pegi USM bwk hubby and the geng makan nasi lemak liverpool, nak bangkitkan balik semangat dorg untuk final esoknya. kul 12 dh kat umah. tdo awal sbb esok pagi nak kena g USM, bagi support skit.

sabtu.. bangun kul 6 pagi, siap2 nak g padang and kena shoot g office sbb ada training. grrrr.. spoil my weekend betul lah. sorry syg x dpt tunggu smpai abes, x tgk dapat pingat. sorry yeeaaaaaa.... kul 730 dah smpi kat padang. eh2, aku plak yang besemangat lebih, sbb nye budak2 bola batang idung pon x nmpak lagi. haiyokkk!!!!! huhuh kul 9 terus gerak g office. hubby's team dpt tempat ketiga. good job dearrr!!!! :) balik office kul 1.30 terus g USM jemput hubby and the geng. g beli jeruk, g bukit bendera. hahahaha laju wei ketapi dia. 2 min beberapa sec dah smpai puncak. phewitt.. atas puncak terjumpa pulak si Ayu, geng sama2 time kat Ampang dulu. hehehe kecik kan dunia. apa lagi, kecoh la kami ber-7 ni. maklumlah bila pmpuan berjumpa, dia akan jd sedikit kecoh kan. maka si lelaki ni duk ejek2 lah kitorg. cis bedebah betul lah. hehehe. hari ni hubby dah abes game, so masa sepenuhnya di spent kan bersama. thanks syg! :) malamnya makan kat Nasi Kandar Beratur. 5 years in Penang, but this is my 1st time makan kat sini. oh mai god, beratur dari kul 945, kul 11 baru dapat makan. btw, thanks to Adli sbb bwk kitorang mkn sini. terima kasih sbb buat sakit kaki aku beratur. hahahaha

ahad. hubby dah nak balik kl. sob sob. sedih.. :(( tp hubby pandai pujuk, kasi breakfast yang sgt best. thanks syg! memg pndai amek ati bini .. kan kan. love u lah!!! kul 12 hubby gerak balik. maka bermulalah adegan air mata. :((wuuu.. tanak berpisah.... can u imagine bawak keta sambil nanges2? kesian kat aku kan. so nak ubat hati yang lara, pergi lah habeskan sisa duit yg ada kat Queensbay. dapat la satu sandal Scholl. huuuuuu...
ni duk menaip smbil cium2 baju hubby maen bola aritu. masam, tp sedap. tu je cara nak ubat rindu. kan kan.

bye . nak tdo mimpikan hubby .


0 comments: