Wednesday, August 31, 2011

Al-Fatihah.

tanggal 28 August bersamaan 28 Ramadhan jam 11.35pm, Dr Halim bin Sulaiman telah pergi buat selamanya.....


we miss you dad. :(


raya tahun ni tiada makna bagi kami adik beradik.
dugaan terhebat buat kami semua.


sedih. tapi syukur, kerana dia pergi dalam bulan yang baek.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
Semoga tenang di sana , Abah. doa kami adik beradik senantiasa mengiringi mu.
We love you!!!!!!!!!

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya in Advance!

hey hey.
nak wish awal2, sbb kot this weekend tak sempat. LOL.
weekend ni become SuperMummy kan. so busy sikit layan kerenah orang2. ngeeeeeeeeeee...


Selamat Hari Raya kawan2 di Malaysia dan juga di perantauan.
Maaf Zahir dan Batin !


more updates soon.
:)


bye.

Thursday, August 25, 2011

:)


bila tgk gambar ni kat my sis punya FB, rasa nak gelak guling2....
haish. Adam.. Adam.. sibuk nak pam susu jugak!!!


budak mudah terikut2 kan apa yang kita buat.
tgk budak ni pon dah tau. LOL



***


eh esok dah Jumaat?
:)
vroommm vrommmmmmmmmmmm.....
kechhhiinnnnggggggggg!

Wednesday, August 24, 2011

checklist

duit raya = belom tukaq
baju raya = belom beli
balik kampung = tak tau bila


macam orang yang tak nak raya je kan?


tapi biskut raya dah ada 2 bekas!
tapi untuk isu kat perut wa sendiri maaa. LOL


Tuesday, August 23, 2011

memories

sehari sebelum raya, mesti dia akan ke Pasar Tani kat Wakaf Che Yeh.
to buy ikan tongkol and beras nasi dagang.

petang sehari sebelum raya, mesti dia bakar lemang. kadang2 dia buat ketupat.
semua dia buat sendiri. dari mula cuci beras, sampai la menghiris lemang itu.
buluh pon dia pergi cari sendiri. dulu dia pernah sesat dalam hutan gara2 mencari buluh. *sigh*

pagi raya, mesti dia paksa g semayang raya.
pas semayang raya, dia suruh semua berkumpul kat living hall.
dulu kami family kecik je. 7 orang je.
salam2, pastu dia bagi angpow. dalam tu ada duit rm100. seronoknya, Allah sahaja yang tahu...


I MISS YOU DAD.
this is my 4th Aidilfitri without sharing the happiness with you.
and yeaahhhhh.. I didnt enjoyed it since 4 years ago.
:(


MISS YOU BADLY.


*bergenang airi mata di subuh hari..*

Monday, August 22, 2011

Rezeki Ramadhan.

after 10 months of my career life, finally..... I got it.
Terima kasih Ya Allah diatas rezeki mu ini. Thanks mama diatas doa mu yang tidak pernah putus2 mendoakan kejayaan anak2 dari kecik sampai sekarang.


sangat2 rasa terharu, rasa berbaloi atas segala penat lelah selama ni.
:)


**

lepas berbuka, received email from HR.
hanya mampu tersenyum riang.
lalu boss keluar dari biliknya, dan berdiri dibelakang daku.
lalu ku melemparkan satu senyuman manis, dan mengucapkan "Thanks boss! "
lalu dia berkata "You deserve it..."
fuh lagi rasa nak nanges. HAHAHAHA


ini hadiah buat bonda tercinta!
:)


bila dia buang tabiat

him : yang. tukar plan. nnt datang ngan keta la.
me: hah? wei, burn mcm tu je la tiket nanti.
him: xpelah. abg ganti duit tiket tu.
me: membazir laaahhh bang..
him: xpelah. bape inggit je..
me: hah???? mahal kot untuk orang yang berjimat cermat mcm ayg ni.
him: takpelah. kan abg cakap nnt abg ganti duit ayg tu.
me: emmm.. yelah2... tapi kenapa?
him: saje je. datang nek keta boleh lepak lama sikit. rindu lah yang.
me: ??????????


ngada2 kan laki aku ni.
layan kan je lahhhh....................

Sunday, August 21, 2011

nasi kerabu.

nyummmy !!!
nasi kerabu ............


Selamat Berbuka!

Saturday, August 20, 2011

Senduk-Senduk Fifi

20 Ramadhan = 20 August = hari Sabtu.
masak Asam Pedas !
this is my 1st attempt memasak Asam Pedas. walaupon nampak agak cair, tapi rasa dia tetap WOW! MARVELOUS. *puji diri sendiri boleh kan. hehe*
den budak baru belajor. so cair sikit kira halal lah ! :p

Thanks to Kak Nazie for the recipe.
:)


Mummy's home made Asam Pedas.
ngeeeeee..


juadah buka puasa hari ini.
Asam Pedas, telor mayonnaise, sambal belacan, air sunquick.
burrppp.. Alhamdulillah. :)


***

antor gambar kat laki den, dia cakap "nape asam pedas nmpk cair? next time cuba lagi ekk..."
hehe. dialah pengkritik utama masakan den. tak pe, kritikan membina. kak kan kan sayang. :p dia jugak yang selalu bagi semangat suh den masak. sbb dia cakap masakan bini TERBAEK! ye keeee? tapi bini dia cakap, masakan KEDAI lagi TERBAEK. miahahahaha.


and yeah, ptg td hubby bertukar menjadi NINJA.. duk mesin rumput pon kena pakai macam NINJA ek? HAHAHA.
ngeeeee.. NINJA balik kampung.. siapkan umah nak raya.
memang anak kesayangan Mak Ayah lah! :D


angpow...


ce tgk sampul duit raya ni.
cantek tak? cantek tak?
hehehe.
I tell u, cantek gila okehhh!!!!
rasa tak nak bagi kat orang, nak simpan je semua. HAHAHAHA

bukan pakai kertas maen2 tu naaa.. kertas dia tebal giler ! sekali tgk macam kad raya okeh! :p
actually dapat sampul duit raya ni 1st week Ramadhan lagi. tapi pagi semalam baru bukak. sebab tak de keja, selongkar2 la drawer. lalu terasa kagum! fuyyowwwww.. HAHAHA

MMS gambar ni kat hubby, dia pon berkata "cantek nye yang. abg nak lah. nnt bawak kat abg separuh ek...."
eh eh. nak jugak dia. tadi duk bangga2 sangat ngan sampul bank laen tu. skang nak jugak yang bank bini. :p

sapa nak beraya ngan saya? Lai.. Lai... :p


***

and I'm counting daysssssssssssss......


:)

Friday, August 19, 2011

*sigh*

adakah itu tandanya kita sangat2 komited kepada kerja bila nak tido pon kita terpikir kan hal kerja di office???
*sigh*
itulah yang terjadi kepada daku sebelum nak lelap semalam. haish. teruknya. I hate this kind of habit!
kenapa? sebab nnt mimpi pon hal kerja. aaaaaaaaaaaa.. x syiok lah !


dari nak tdo semalam sampai sekarang ni berdebar dup dap dup dap. sebab ada rasa buat silap semalam time issuing for one customer. sebab terms dia laen sket, so terpikir2 dan terngiang2 pasal terms tu, betul ke tak. huuuuuuuuuuuuu....
nampaknya pagi ni tak leh bangun kul 8 lah. kena bangun awal sikit sebab nak kena masuk awal, sebab ati tak tenang. nak kena double check apa yang aku issued yesterday. sebelum customer tembak, baek aku inform mereka awal2 untuk mengelakkan DEFECT A, dan mengelakkan nama ku naek time MOS meeting. malu den nnt !!!!


***

tak sabar nak jumpa buah hati. :)))))

boleh tak bila si ayah jeles ngan si anak? HAHAHA

me: ayah, Haikal dah tdo?
him: aah.. tetdo depan TV. nape yang?
me: ooo.. nak cakap ngan dia..........
him: nnt dia bangun nak masuk bilik, abg call ayg.
me: heeee..xpelah. esok je lah. sian dia penat.
him: Ok2... emm.. nak cakap ngan Haikal je ke? ngan Ayah Haikal x nak cakap?huhu :((

HAHAHA. gedik ah nak sedih2. hehehe.
misH u pakcik mushuk !!

Thursday, August 18, 2011

semua excited !

eh eh.
semua orang excited nak raya kan kan kan.
tgk FB, ramai yang dah duk shopping sakan!!
phewitttt...
tp den baju raya tak dak lagi. cano ni?
huish. huish.


ceritera sepupu2 den.
mama den anak sulung. so among counsins, kitorang la yang paling tua.
cousins ramai lagi yang masih bersekolah.
wah. bila tgk FB mereka, mereka sangat2 tak sabar nak balik Kelate. fuyyooowwwwwww!
siap berjanji lagi ngan sepupu sepapat yang laen nak tdo umah Mama (panggilan mereka utk my mom)
wah wah wah. excited nye mereka.
teeeeeettttttttt...


den pon excited jugok.......
sebab........... tet!!!!! SURPRISE !!!
hahahahaha



Sunday, August 14, 2011

home sweet home.


hey. aku kat rumah . syok wei. yebeda bedu !
bertolak from Penang kul 730am. my jiran depan umah tumpang skali.
smpi umah 12.15pm. time duk kat Peringat, jiran punya mother call tanya kat mana dah, then dia terkejut, "ehhhhh..lajunya bawak. terbang ke apa? " lalu berkata dalam ati, "laju ke? normal lah mcm ni. huuuuuuuuu"


sampai umah duk 5 min, uncle and family sampai.
heeeeeee.. hari ni bukak puasa ramai2. meriah satu rumah !
x rugi I balik you tau...... :)


sangat best kan duduk ngan anak2 buah ni. rasa terhibur je.
kids memang awesome !

kanak2 zaman sekarang. canggih! main Ipad. Ishu pon takde Ipad tau. lawan tokei betul lah anak2 ni.

ni Syafi. my 1st nephew. so agak close sikit la kan dari yang laen2 tu. sangat2 lah addicted to Ipad smpi kan kalo aku tepon nak cakap ngan dia, dia cakap kat ibu dia, "bitau Ishu, Syafi busy lah. tak boleh nak cakap tepon.. " grrrrrrrr... sabar je lah!!!



malam td g tgk baby Syasha. wei, nama dia memg Syasha lah. terkojut den mendengornye. Syasha Nafeesa. canggih lah nama ! ngeh3.


kul 3 ptg ni dah nak balik Penang. sob sob. :(


***

cantek la COACH tu.
nak jugak!


arini nak kena g pasar. nak beli hubby punya beras. ngeh3.
untung kan dapat bini orang Kelate ni.
boleh makan beras sedap dengan harga yang murah!
;)

Saturday, August 13, 2011

:)

tersenyum lebar.
kenapa?
sebab nak balik Kelate pagi ni.
yabeda bedu !


plan nak bertolak 7am.
tapi. tapi. tapi.
mata ni ngantok lah pulak!
semalam patut tdo awal lah kan.
tapi semalam gatal tangan text hubby kacak, "abg taknak gayut ngan ayg malam ni??"
deeenggggggg !!! padan muka. skali gayut sejam lebih. hahaha
kul 1 lebih baru tdo yang oi....... muahahahaha.
so sekarang, sendiri tanggung ye!
luckily jam loceng ku syg yang bernama Bir Bir kejut sahur. tq love !

***

eh. semalam baru 12 Ramadhan. tapi dia punya kueh raya dah abes satu balang.
gagagagagagaga

Thursday, August 11, 2011

mumbling...

eh.
dah 11 Ramadhan.
18 more days to go !
yezzzzzzaaaaaaaaaa.......


Wednesday, August 10, 2011

bengangggg !

last month penat2 kan asik duk balik lambat je.
pastu arini 10hb. dengan semangatnya bukak Citibank Online pas sahur sbb nak check berapa duit OT masuk.
skali.... denggggggggg!!!! its less than what u expected ! uhuk.
kenapa? kenapa? kenapa?
manager, or u didnt approve my claim?
chaits!

Tuesday, August 9, 2011

Happy Birthday !



hey. its 9th August 2011.
Happy 1st Birthday my lil nephew, Arif Bakhtiar !




Happy 19th Birthday beloved niece, Nurul Syakirin @ Kak Long !!




************

Dua hari berturut2 balik awal. smalam kuar ofis 715. berbuka kat parking bawah umah. hehehe.
arini plak kuar ofis kul 6 ! sempat pergi bazar ramadhan. phewitttt...
semoga balik awal ini berterusan smpai akhir ramadhan. hehehe.
customer, sila jangan jadi kaya sangat ye. please slow down ur business, so that i can enjoy my ramadhan. kehkehkeh
balik awal arini kan, sempat masak untuk sahur esok u. auw. giler rajin !



Monday, August 8, 2011

8/8/11


it was a blast !
dapat dua orang nieces dalam satu hari. wow.
sangat2 teruja okeh! duk kat office arini berdebar2, bila la dua orang ni nak lahir.

kul 12pm. bertempat di Hospital Pakar Perdana, KB. lahirlah seorang baby girl.
and the name given is (nama glemer) Syasha.


hello ! I'm Dr Halim's 6th grandchild !

a big congratulations to Mohamad Syahrulnizam Halim and Nurin Maizan Che Zaudin on ur newborn baby girl !
baby yang sgt dinanti2, membuat semua orang tertanya2 boy or girl. sbb time scan dia asyik nak menyorok je. so sampai lahir tak dapat tau girl ke boy. memang buat surprise betul lah! hehehe. so Abg Syafi dan Abg Syahmi, do take a good care of Syasha ! :)



kul 530 pm, bertempat di Hospital Putrajaya, lahirlah seorang lagi puteri.
the name given is Aisyah. :)


hi, I'm Aisyah. Dr Halim's 7th grandchild ...

congratulations to Suzailin Elfrida Halim and Rashid Ismail on ur newborn baby girl.
dah sepasang u ! tahniah. tahniah. phewitt.. pasni dah tak yah beranak sbb dah cukup sepasang. :p
ditemani oleh Ma Tok tercinta. suka lah tu !
Abg Adam, jaga Aisyah elok2 tau. jangan buli adik ye ! :)


ouh nampaknya, the only princess dalam our family before this, dah ada 2 pesaing hebat .
HAHAHAHA


saham Batrisyia sudah jatuh menjunam. deng deng deng !
jangan jeles kakak. Ma Tok dah ada lagi 2 orang cucu perempuan. :p



tak sabar nak balik KB. nampaknya this weekend semua cucu Dr Halim dan Hajjah Zainun ada di Kelate.
How bout going home this weekend? sounds good rite?



8 August...

genaplah setahun menerima segulung Ijazah.
:)





terima kasih Ya Allah.
terima kasih abah mama atas doa dan restumu.
terima kasih siblings atas support dan cabaranmu!
terima kasih big family.


*******


arini menanti kelahiran dua insna baru dalam our family.
Kak Nurin will operate at 10am today kat Hospital Pakar Perdana, KB.
Along will operate this evening kat Hospital Putrajaya.
Semoga selamat semuanya..
Welcome to Halim's territory... muahhhh!




Sunday, August 7, 2011

heeheeeeee........

hari Ahad. tdo pas subuh, kul 1 baru bangun.
hoi. mcm ni ke anak dara? HAHAHAHA



ini gambar muka belum mandi. ngeeeeeeee.. :)
laki cakap muka x boleh blah. bluwekkk.. whateva! :p

arini pergi bazar kat Taman Tun Sardon.
huh. kecik aje tempatnye. tak de yg menarik ! last2 tak tau nak beli apa.

got another week to review my procedure sebelum boss naek kerja. yuhu....
tak cukup kerja kat ofis, balik umah kena membaca lagi. hapaa daaaaa..

........dah 7 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah.............

laptop kuh....

laptop rosak.
uhuk!
dia bisu.
huwaaaaaaaaaaaaaaaa.....


macam mana nak dengar lagu raya ni?
nak amek mood raya pon tak boleh.
apa pon tak boleh! apa pon tak boleh!
uhuk.
:(

sabtu pertama...

mengisahkan cerita hari Sabtu pertama bulan Ramadhan tahun ni.
minggu ni tak balik KB, tak balik KL. duk penang je. sebab rasa kebal nak puasa sorang2. padahal dalam hati menangis tak berlagu. huhuhu.

pas sahur, kul 7.15 baru tido sebab duk mengdap lappy. tgk2 terlajak kul 8, oh mai god terlupa nak kejut hubby. mati den! nasib call tu dia dah bangun! :D so sambung tdo balik, kul 12.15 baru bangun ! puas dapat tdo !!!!!!!!! balas dendam . bangun2 menyimpan rumah lah oi. lap kipas sebab habuk dah tebal berinci-inchi. kipas pon dah gaya malas nak berpusing. pastu menyapu, mop lantai, kemas dapur, periuk belanga. fuh penat ! umah duduk berdua, tapi mcm duduk sorang diri je! huhu. pas tu sesi mendobi baju pulak. mak aih, banyak nye baju......... kul 3 lebih baru settle semua kerja umah. mengdap laptop dulu, kul 4 baru mandi. pastu solat zohor. kul 430 dapat call from Murni, sbb smalam janji nak bawak dia g bazar Ramadhan. kesian sebab dia from KL tak bawak keta. sebabnya umah tepi ofis je, so buat apa nak bawak keta datang Penang. bagus giler boleh idup tak de keta. salute sama lu !

kul 530 jemput dia ngan housematenya kat depan office. pergi bazar Ramadhan Bayan Baru. kat belakang masjid. fuyyow. excited weh! sbb arini first time g Bazar Ramadhan buat tahun ni. orang dah kalut pi time 1 Ramadhan, tapi kami 6 Ramadhan baru kalut. maklumlah kami gile kerja .. ngeh3. arini berbuka dengan nasi kerabu. marvelous i tell u !

arini berbuka kat umah Murni. syok giler Sri Perdana ni ! peaceful yang amat. tapi sewa pon dah berapa riban. duk situ alamatnya makan pasir la chek. :D mula2 masuk rumah lalu berkata dalam hati, "inilah rumah idaman ku ! " simple but nice. perabut cantek2. patut la sewa mahal. tapi takpe, sbb Citi yang bayar. ngeh3. sape suh migrate kan, so padan lah kena sedia accomodation yang superb kat staff. pas berbuka, semayang magrib, lepak tgk tv.

kul 9.15 gerak balik. tp tak terus balik. melencong kat bus stand dulu. beli tiket nak g KL. sbb hubby dah membebel, bila nak beli tiket, nnt tiket nak balik Penang abes, orang sibuk nak raya time tu katanya.... so nak puaskan ati dia, pergi beli tiket terus. kena pergi KL 26hb nnt sbb baju raya tak beli lagi ! tema kami tahun ni warna merah ye tp ayah ngan mummy je. haikal ikut tema cucu2 teruna Encik Hashim, warna peach sponsored by Mak Lang ! tq Mak Lang. muah muah.
pergi kl 26hb, nak kena balik Penang 28hb. sebab 29hb kerja dan 30hb raya. so memang confirm2 semua orang berebut nak balik utara kan. sbb tu lah hubby kecoh semacam je. huhuhu. tp sebenarnya tiket tu berlambak lagi. td tanya akak jual tiket tu dia cakap "tiket banyak lagi la dik. yang nak g pantai timur je yg dah abes... " hahahaha. giler semangat aku beli tiket nak g KL. come on.. g KL lah. bukan nak balik KB. :D


wei wei. tak leh terima hakikat lagi 1st Syawal kat Penang. sob sob.
boss, please approve my leave on 4th Syawal. please please please. :(((
jangan la jadi kejam sangat. I have parents, family. and for sure, I have my own life. not like you yang tak de life !

Saturday, August 6, 2011

kurus.

"su.....you tak de gemuk la meh... i tgk u kurus da sejak puasa ni.... "
my colleague cakap mcm tu OK.


HAHAHAHAHAHA.........


Me: abg, Liew cakap ayg dah kurus!
Him: ye ke?
Me: aah la! x caya ke???????????
Him: arini pakai baju warna apa?
Me: biru gelap.
Him: ouh patut la nampak kurus.


EEEEEEEEEEIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !!!!
*sabar2.....*



wwwwwuuuuu

Friday, August 5, 2011

tabung menabung.

syok gak menabung ni kan.
1st time menabung ni. hahaha

bila tgk amount dlm buku account , boleh tersenyum kepuasan.
berkat penat lelah mencari rezeki.
syukur padamu ya Allah atas rezekiMu ini.
Alhamdulillah.. :)

Thursday, August 4, 2011

tiba tiba......

biasa balik kerja dah lambat, pastu terkejar2 buat kerja umah, then trus tdo tak hengat.
arini balik awal, tp awal sikit je. kerja umah dah settle semalam. so arini berehat2.
bila tak mem-busy-kan diri ni, teringat pulak kat gelagat celoteh anak2 buah. ouh tiba2 rasa
ouh rindunya kat kamu2 anak buah ku...
Syahmi, Tisya, Adam, Syahmi, Arif!!
ouh ouh.
dulu kamu2 sangat close ngan Ishu kan.
tp sejak Ishu kerja, kamu2 dah sombong ngan Ishu kan.
ok duit raya potong 50% ! hahahaha.
dan sejak Ayah Chik pulang ke tanah air, kamu2 dah tak nak layan Ishu kan. *kecik ati tau*


ouh tak sabar menanti 8/8/2011.
bertambah 2 orang lg anak buah.
seorang akan dilahirkan kat KB, sorang lagi kat Putrajaya.
dua2 nak keluar ikut tingkap. so decide dua2 kuar tarikh 8/8/2011.
ngeeeeee..
maka total cucu Dr Halim pada tahun 2011 seramai 7 orang !
how wonderful if you can share this happiness together, dad.


:)
really miss my Family!



dugaannnn...

tiba2 kul 6 semalam teringat kat Kak Long, anak abg Arus. skang dia duk belajar kat Pasir Gudang.
so text dia tanya bukak ngan apa. bedezup dia reply, "Mak Ucu, kol along !!!!"
itu perkara biasa. kadang2 msg tanya khabar, pastu dia miskol je. tu maknanya suh kol balik. hehehe
pastu trus kol dia
Along: Mak Ucu !!!! along kat balai polis ni....
Me: hah? kenapa?
Along: umah kena pecah masuk...
Me: hah?????? *gulp* apa yg ilang?
Along: mak ucu... laptop along.. (suara dah nak nages ....)
Me: alamak. ye ke.. sabar long.. sabar. apa lagi ilang?
Along: laptop kawan along satu lagi.
.......
....
..
.


huuuuuuuu.. teruknya. bulan2 puasa pon ada jugak ke yang nak mencuri. teruk betullah. tak berkat idup!


nilah yang dikatakan dugaan di bulan puasa. sabar ye Kak Long syg !
nnt ayah kasi laptop baru.
:)



***Selamat berpuasa di hari ke 4 !! ***
arini bangun sahur makan nasi goreng. yeeeaaaaaa!!
kul 4.30 lagi dah ada org kejut . tp 4.30 tu terlalu awal lah bang!
so sambung tdo balik, nasib sedar kul 5. kalo x, mesti kena bambu lagi. :D
ouh sila tau, mulut laki I sangat menyakitkan hati !
Me: lapar. x sahur sbb x sedar.
Him: ala. relax la. abg x sahur pon relax je.
Me: ala. xpela dah biasa. org bukan mcm abg. dah la smlm bukak makan sikit je..
Him: sape suh makan sikit? bukak nnt makan kurma sebijik je tau. jgn makan benda laen.

gggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!

so arini dia rasa kesian kot takot tak sedar lagi, tu dia kejut kul 430.
esok kejut kul 5 boleh???

Wednesday, August 3, 2011

dilemmaaaa....

inilah yang dikatakan rezeki di bulan Ramadhan.
semalam received a call from one organization, ask to attend for an interview.
huhuhuhu.

tak tau nak pergi ke tak.
bila tanya org, smua suh pergi... peluang bukan datang selalu, memandangkan ni kali pertama org panggil interview pas aku dah kerja. so rasa mcm agak teruja laaah..
tp position ni mcm kena attend training 1 year. pastu baru lah dorang absorb kat mana2. tp chances untuk di absorb tu tak tau la mcm mana ....risau jugak, kang jadi surirumah tangga pulak kan. hhuhuhuh...
tp agak excited sbb ni program bersama Bank Negara ngan Institut Bank-Bank. so kalo nak enhance my banking and financial knowledge memg bagus sgt2 lah kan.

ouh ouh.
tak tau nak buat keputusan.
HELP ME!!!!!!

bila tanya dia, dia cakap "xtau la. kalo nak cuba, pergi lah." nmpak sgt kan dia tak berminat nak suh pergi. KENAPA??? teng teng teng~~~~~~~~ biarlah rahsia!

*********

yea ! kunci jam kul 445 sbb nak masak nasi goreng.
tp sedar2 dah kul 530. hahahaha
gudbye nasi goreng. hello milo !


Selamat berpuasa dihari ketiga... :)


Tuesday, August 2, 2011

rindu yg melanda di subuh hari..



rindunya kat Haikal.
waaaaaaaaaaaaaa...
Haikal : mummy.. abg nak CD PS2.. boleh?
Me : Ok. nak berapa?
Haikal : abg nak 4 boleh? 4 baru RM20 mummy...
Me : Ok2. tapi kat mana? mummy mana tau jalan. HAHAHAHA. kita tunggu ayah, kita g ngan ayah ek.
Haikal : alaaaaaaa.. tak nak... nnt ayah marah abg... huhu

itulah Haikal. rindunya!




rindu Bubut !
mula2 jumpa bulan 6 last year kot. time mabuk bercinta. hahahaha.
mula2 jumpa dia panggil Kakak. hahahaha. :)) tapi skrg dah panggil Mummy. :)
bila cakap, "bubut..bubut..kiss mummy..." dia x kan kiss pipi. tp dia kiss kat mulut. comel kan!!!
rindunya... nak amek jumpa bubut, selalu tak bagi. grrrrrrrr!!!! dah 4 bulan kita tak jumpa kan syg. huuuuuuuuuuu..


rindu ayah juga! gambar saja tanak rotate. heeeeeeeeeee...




Selamat berpuasa di hari kedua!

Monday, August 1, 2011

1st Ramadhan

Alhamdulillah :)